Sejak kecil

Sejak kecil, Ibnu Khaldun gigih mempelajari pelbagai ilmu dan beliau memiliki semangat untuk menuntut ilmu secara berterusan. Walaupun beliau memegang jawatan penting negara, beliau masih membahagikan masa untuk menuntut ilmu meskipun dalam kesibukan. Perpindahan dan bencana alam yang memaksakan beliau berhenti belajar pun tidak menjejaskan keghairahannya terhadap ilmu. Dengan itu, beliau berjaya menguasai Bahasa Arab, sastera, sains, matematik, sejarah, ekonomi, dan sosiologi manakala beliau juga membaharui dan memajukan bidang ilmu lain seperti sejarah dan politik.
Ibnu Khaldun banyak menyumbang dalam bidang ilmu. Beliau berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan. Pengertian sejarah menurut Ibnu Khaldun adalah sejarah merupakan catatan tentang masyarakat umat manusia atau peradaban dunia tentang perubahan-perubahan yang terjadi pada watak masyarakat itu. Sebelumnya, sejarah terfokus pada peristiwa-peristiwa tentera, politik dan masalah kerajaan. Oleh sebab kegigihan untuk memperkecil kecenderungan penulisan sejarah yang tidak boleh dipercayai, beliau melaksanakan renovasi terhadap cakupan sejarah dan mentafsirkan sejarah dari segi sosiologi. Ibnu Khaldun mempercayai bahawa sejarah memiliki pelbagai fungsi dan tujuan mulia. Hal ini demikian kerana kita dapat mengenal kondisi bangsa-bangsa terdahulu dari segi perilaku dan moral serta strategi politik pemimpin. Kita dapat mempelajari nilai yang baik dan boleh menjadi sumber rujukan kita dalam kehidupan. Pemimpin juga boleh merujuk kepada tindakan raja-raja pada masa lalu semasa mereka menghadapi masalah. Selain itu, menurut Ibnu Khaldun, sejarah adalah kisah masyarakat manusia atau kisah kebudayaan dunia iaitu kisah perubahan-perubahan yang terjadi kerana sifat dan tindakan masyarakat itu. Beliau menegaskan sejarah bukanlah hal yang telah ditentukan oleh Tuhan dan apa-apa yang terjadi adalah nasib dan tidak dapat dielakkan. Namun begitu, beliau mempercayai bahawa manusia yang menentukan sejarah mereka kecuali mereka yang melanggar hukum Allah serta hukum tersurat dalam wahyu atau tersirat dalam hukum alam akan ditentukan oleh Allah.
Selain itu, beliau memberi panduan yang terunggul kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Ciri-ciri asas pembinaan tamadun termasuk penempatan kekal, institusi dan organisasi, perundangan dan sistem pemerintahan, kualiti kehidupan, teknologi dab reka cipta, bahasa dan kreativiti. Beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak hasil dari keunggulan rohani dengan jasmani. Ibnu Khaldun mengemukakan satu teori iaitu teori kitaran daripada kajian beliau. Beliau merupakan pelopor kepada konsep teori kitaran yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara mengikut rentak yang tersendiri. Menurut Ibnu Khaldun, manusia telah mencapai daya kreativiti yang tinggi dalam kehidupan mereka menyebabkan tamadun mempunyai tahap-tahap tertentu selari dengan kebangkitan dan kejatuhan sesebuah tamadun. Tahap pertama merupakan tahap permulaan untuk kewujudan negara yang dibina dengan prinsip assabiyah. Prinsip asaabiyah adalah semangat masyarakat untuk mencapai satu matlamat bersama bagi mewujudkan sebuah negara. Pada tahap kelahiran ini, kejatuhan pemerintahan terdahulu akan digantikan oleh pemimpin yang baru. Tahap kedua ialah era pemusatan kekuasaan yang ditandai dengan kemapanan kekuasaan sehingga timbul keinginan pemerintah untuk memonopoli kekuasaan. Sistem pemerintahan akan melahirkan sistem berkerajaan dan raja kuasa berkuasa mutlak. Seterusnya, tahap ketiga yang dikenali sebagai tahap kegemilangan merupakan kemuncak pencapaian tamadun dalam semua aspek termasuk ekonomi, sosial dan politik. Masyarakat hidup dalam kemewahan dan pelbagai kemudahan tersedia untuk kemajuan hidup masyarakatnya. Akhirnya, tahap kejatuhan sesebuah tamadun adalah tahap keempat oleh sebab kehilangan semangat kekitaan yang kuat dan pemimpin pun sekadar berpuas hati dengan pencapaian terdahulu. Golongan pemerintahan tidak menjalankan tugas mereka dengan sewajanya dan segala kemudahan negara disia-siakan. Negara akan berada dalam keadaan yang kacau bilau dan menjatuhkan tamadun berkenaan kemudian digantikan dengan tamadun yang baru.
Lain daripada itu, para sarjana mengiktiraf karya Ibnu Khaldun sebagai bahan kajian dan rujukan. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi. Misalnya, karya agungnya Al-Muqaddimah yang terulung dalam bidang pensejarahan adalah sebuah buku yang dianggap sebagai ensiklopedia sintesis mengenai metadologi sains kebudayaan dan buku ini banyak membantu ahli sejarah dalam penghasilan kajian yang benar dan ilmiah kerana buku ini membahaskan secara terperinci tentang sejarah. Buku tersebut meningkatkan pemahaman ahli sejarah tentang perkara yang berlaku pada sosial dan politik manusia dan ia merupakan satu bahan rujukan yang menarik kerana pendekatan yang rasional, kaedah serta perbahasan yang analitikal. Beliau juga merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi, dan pendidikan. Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. Namanya diabdikan di dalam sebuah universiti di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.
Ringkasnya, Ibnu Khaldun banyak menyumbang dalam bidang ilmu dan pemikiran melalui karya agungnya Al-Muqaddimah dan pandangannya yang amat unik dalam pembedahan sejarah, sosiologi dan lain-lain.